Berapa harga buat website?
Pakej Pro RM3,800 dan Pakej Premium RM7,800, setiap satu harga tetap. Fungsi tambahan disebut harga dulu, dan kami hanya mula selepas anda setuju.
Berapa lama masa untuk siapkan website?
Pakej Pro siap dalam 7 hingga 14 hari bekerja dan Premium dalam 14 hingga 21 hari bekerja, dikira selepas kami terima deposit dan content anda.
Hosting dan domain sudah termasuk?
Ya. Domain .com, SSL dan hosting tahun pertama termasuk dalam pakej. Selepas tahun pertama, hosting disambung pada RM500 setahun, atau Ops Care dari RM450 sebulan jika anda mahu kami jaga dan update website.
Macam mana cara bayaran?
50% untuk mula dan 50% sebelum website live, melalui bank transfer.
Website itu milik saya?
Ya. Selepas bayaran penuh, website, source code dan content menjadi milik anda. Komponen asas yang kami guna semula dalam setiap projek kekal milik kami, dan anda dapat hak kekal untuk menggunakannya dalam website anda.
Boleh tambah fungsi baru nanti?
Boleh. Anda boleh naik pakej dan bayar beza harga sahaja, atau minta fungsi khas. Kami beri sebut harga dulu, dan hanya mula selepas anda setuju.